This blog is all about connecting stories, events and heritage. I hope it will be a source of reporting community and local news, celebrating the people and personalities who add colours to the fabric of our community, and bringing you with information on local activities and events. I hope to also capture and preserve our shared culture and history with plans to become source of future community history projects.

Rizal ben Ahmad

RbA is a man of many interests. He is a budding writer and novice photographer who lives in Brisbane, Australia. He loves reading history, learning about cultures and traditions of various peoples of the world.

Saat masuk bulan 11 jiwaku bagaikan terasuk. 

Saban tahun.  Pasti!

Tatkala terkhabar mereka telah terpilih, aku turut terseru.  Aku turut tergembira.  

Aku soroti berita mereka berlepas.  Mereka berdoa.  Akupun sama.  Sepanjang musim berita mereka, cerita aku.

Semakin mendekati bulan ke 12, hati aku semacam tidak keruan.  Aku teringin ke sana juga.

Menonton berita perjalanan dan pengalaman mereka di socmed aku seolah berada bersama.  Bilakah aku akan ke sana lagi?

Sering aku ulangi ungkapan pemohonan bahkan rayuan dan pujukkan di keheningan malam, berilah aku  peluang untuk mengulanginya lagi Oh Yang Satu. Oh Al-Ahad!

Bermula hari yang pertama di bulan itu aku seperti mereka walaupun ragaku tiada di sana.  

Begitulah perasaan aku. Begitulah amalan aku. 

Saban tahun.  Pasti!

Memang aku jangka, tahun ini semacam sebelumnya.  Aku sudah dapat rasa. Nanti bila mereka semua mendongak ke langit dengan penuh pengharapan, fikirku hanyalah buat apa aku di sini!  Aku pun mahu ada di sana!  

Oh Yang Satu-satunya! Al-Wahid!  Jemputlah aku ke sana!  Aku ingin seperti mereka!  Aku mahu jadi tetamuMu yang teristimewa!

Di benakku:

Semoga semua mereka di sana sihat, selamat sentiasa di bawah lindunganMu Oh Yang Mengetahui, Maha Mengawasi, dan Maha Melindungi. Al-Khabir, Ar Raqib, Al Muhaymin.

Semoga pengorbanan, amalan, dan ibadah mereka semua diterimaMu, Oh As-Shakur.

Semoga segala hajat dan doa mereka diperkenankanMu, al-Wahhab.

Semoga kepulangan mereka dengan haji yang mabrur. Oh At-Tawwab.

Yang Maha Pemurah Oh al-Karim! Berikan ganjaran yang sama buat semua yang tidak berpeluang ke sana untuk musim ini.  Jemputlah mereka di kesempatan mendatang Oh Yang Maha Tinggi Oh al-Kabir.  Penuhilah harapan mereka Oh Al-Quddus.

Buat semua tetamuMu yang sudah, jemputlah mereka ke sana lagi Oh Rabb!  HanyaMu Al-Waddud yang mampu mengubati rindu di hati mereka.

Di awan nan biru

BNE/KUL

14 Zulkaedah 1447H

Posted in

Leave a comment